KOTA BHARU – Dirinya sendiri pernah menjadi penghuni pusat itu ketika
usianya masih lagi kanak-kanak dan sehingga kini walaupun sudah mencecah
umur 30 tahun, tempat itu diibaratkan sebagai rumah kedua baginya.
Membesar sebagai orang kurang upaya (OKU) yang lembam, Tuan Fazlinda Tuan Mat mendapat pendidikan awal di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kampung Chepa, di sini, bermula sejak penubuhannya pada 1992.
Di sana, dia belajar tentang asas abjad dan nombor serta yang paling penting mempelajari cara-cara menguruskan diri sendiri sehinggalah pada masa kini, dirinya bukan sahaja lebih terurus, malah mampu pula menjadi tenaga pengajar atau pengasuh dan menguruskan anak-anak OKU di pusat berkenaan.
Tuan Fazlinda berkata, dia terlalu sayangkan 21 kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya dan tidak sanggup untuk bekerja di tempat lain serta mahu menghabiskan sisa hidup di pusat pemulihan tersebut.
“Saya suka pada kanak-kanak, saya sentiasa sayang mereka, saya suka tukar lampin mereka, sampai ke tua pun saya nak duduk di sini,” katanya sedikit pelat.
Tanggungjawabnya sebagai tenaga pengajar di pusat itu tidak terhad dalam membantu kanak-kanak dari segi pengurusan diri, malah menyuapkan makanan sehingga mencuci najis mereka juga dilakukan Tuan Fazlinda.
Katanya, dia tidak rasa jijik mencuci najis mereka, malah jika tahu kanak-kanak itu buang air besar atau kecil, dialah yang akan bantu mencucinya.
Sama seperti Tuan Fazlinda, kakaknya, Tuan Fazlina, 35, juga berkhidmat sebagai pengasuh di tempat yang sama. Bezanya, kakaknya itu dilahirkan normal dan mula berminat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat berkenaan berikutan kerap kali menemani Tuan Fazlinda mendapatkan asuhan di sana ketika zaman kanak-kanak wanita itu.
Kata Tuan Fazlina, melihat telatah anak-anak OKU dapat memberi ketenangan kepadanya yang sudah kahwin, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.
“Selalu berulang-alik ke sini, lama-kelamaan saya jadi rapat dengan mereka. Mereka umpama sebagai adik saya sendiri. Menjaga kanak-kanak ini sangat seronok,” katanya.
Penyelia PDK berkenaan, Azuni Othman berkata, menjadi tenaga pengajar di PDK perlu kesabaran, tidak boleh rasa jemu kerana kanak-kanak di PDK tergolong kelompok kecacatan yang teruk.
Katanya, di PDK itu sahaja terdapat seramai 21 OKU berusia antara 4 dan 17 tahun dan 12 daripadanya adalah lelaki, manakala selebihnya perempuan. Daripada jumlah itu pula, 11 daripada mereka adalah OKU Sindrom Down dan masing-masing lima lembam serta terlantar.
“Tiga lagi OKU terlantar berada di rumah kerana pelbagai kekangan untuk datang ke pusat pemulihan. Bagi kes ini, pihak kami akan buat lawatan ke rumah OKU berkenaan dan beri pendidikan kepada mereka di rumah.
“Setakat ini, PDK Chepa sudah berjaya bantu empat OKU lembam dapatkan kerja dan kehidupan lebih baik daripada sebelumnya. Seperti mana, hala tuju kami PDK iaitu cungkil potensi dalam kanak-kanak ini supaya mereka mampu menyesuaikan kecacatan di alami dengan persekitaran mereka,” katanya.

Sinar Harian
No comments:
Post a Comment