Friday, July 31, 2015

Shafie ke majlis Hari Raya Risda tanpa kehadiran menteri

 | July 30, 2015
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya dijadualkan hadir tidak dapat berbuat demikian kerana menghadiri satu mesyuarat di kementerian baharunya di Putrajaya.
Shafie-Apdal_600
PETALING JAYA: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membuat kejutan apabila hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri di Ibu Pejabat Risda di Jalan Ampang pada Khamis.

Beliau tiba di majlis itu tepat jam 12 tengahari dan pemandunya dilihat meletakkan kenderaan jauh dari pintu utama.
Sepanjang berjalan masuk ke dalam dewan tempat majlis berlangsung, Shafie diberi penghormatan oleh orang ramai yang berdiri di kiri dan kanan tempat laluan tetamu semata-mata mahu bersalaman.

Tidak kurang pula yang mengambil peluang untuk bergambar dengannya.
Sejurus selepas itu, beliau dibawa ke bilik menunggu sebelum diiringi ke meja tetamu kehormat (VIP) bagi menikmati juadah hari raya yang disediakan.
Naib Presiden UMNO itu bagaimanapun enggan ditemuramah.

Pada masa sama, menteri yang mengambil alih portfolio beliau, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya dijadualkan hadir tidak dapat berbuat demikian kerana menghadiri satu mesyuarat di kementerian baharunya di Putrajaya.
FMT

No comments:

Post a Comment