Friday, July 24, 2015

'Tunjuk apa dipinda, tang mana dipinda' : Tun M

24 Jul 2015
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mustahil untuk meminda dokumen syarikat PetroSaudi International seperti yang didakwa oleh bekas eksekutifnya, Xavier Andre Justo.

Menurut Dr Mahathir, perkara itu dilihat mustahil untuk dilakukan memandangkan jumlah dokumen tersebut "banyak".

Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak yang berkenaan supaya menunjukkan dokumen yang didakwa dipinda seperti didakwa Justo.

"Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (yang) mana yang dipinda.

"Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel Shangri-La di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment