Saturday, July 25, 2015

Ucapan hari lahir untuk PM: Selamat bersara, Najib

25 Jul 2015
Apakah ucapan selamat hari lahir 'istimewa' daripada seorang bekas perdana menteri untuk perdana menteri kini?

Jawabnya, selamat bersara.

Itu komen sinin Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Datuk Seri Najib Razak yang ditemui di Kuala Lumpur malam tadi.

Kata Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu, dia beharap Najib bersara awal dan aman serta menikmati persaraan berkenaan.

Sempena ulang tahun Datuk Seri Najib Razak yang ke-62, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan dengan meminta supaya beliau bersara awal daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam nada yang sinis, Mahathir berharap supaya Najib bersara dengan aman dan menikmati persaraannya.

"Saya harap dia bersara dengan aman dan menikmati persaraan itu," katanya ringkas.

'Tak tahu mengapa'

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-90 di Hotel Berjaya Times Square.

Kumpulan Berjaya menjadi tuan rumah kepada majlis berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan.

Dr Mahathir menyambut usia ke-90 pada 10 Julai lalu manakala Najib 13 hari kemudian.

Beliau memang menjadi pengkritik tegar kepada Najib dan berkali-kali mendesak anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu meletakkan jawatan.

Sementara itu, mengulas penggantungan permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan, Dr Mahathir berkata beliau "bersetuju" dengan tindakan berkenaan.

"Sudah tentu kita harus menyekat The Edge dan juga kini semua kawan saya menjadi sasaran. Saya tidak tahu kenapa," katanya.

Semalam Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan menggantung penerbitan dua akhbar terbtan The Edge Media Group selama tiga bulan atas alasan keselamatan negara.

Langkah itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak termasuk adik Najib sendiri.

KDN dilaporkan bertindak demikian berdasarkan laporan media terbabit dalam isu 1MDB yang didakwa “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan orang awam atau kepentingan awam”.

KDN juga memberi amaran menarik balik permit The Edge Media Group jika syarikat itu terus menerbitkan akhbar berkenaan dalam tempoh penggantungan. 
Malaysiakini

1 comment:

  1. Assalamuaikum..!!!
    Kami sekeluarga mengucapkan banyak terimakasih
    kepada aki balapati atas bantuannya saya menang togel
    yang 3x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma menjual mainan
    yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup
    apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….
    suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai
    prediksi aki balapati yang katanya bisa mengeluarkan
    angka togel yang di jamin tembus,akhirnya
    saya bertanya kepada teman saya, dan teman saya memberikan nomor aki balapati
    dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan aki balapati yang
    telah memberikan anka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu
    ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi
    itu semua atas berkat bantuan aki balapati,bagi anda yang penggemar togel
    ingin merubah nasib melalui angka2 goip yang di jamin 100% kemenangan hbg aki balapati
    di nmr;_0_8_5_3_9_2_3_3_2_8_8_8_, Atau klik
    BOCORAN TOGEL HARI INI ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada
    kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti
    bukan sekedar janji2, Sudah banyak pranormal di internet yang saya hubungi tidak ada satu pun yang membawakan Hasil malah hutan tambah numpuk..
    hanya aki balapati yang bisa menjamin 100% kesuksesan,
    anda perlu bukti hbg sekarang aki balapati nya,terima kasih







    ReplyDelete