Sunday, August 2, 2015

154 Ketua UMNO bahagian sokong pecat Muhyiddin, rombak Kabinet

 | August 2, 2015
Ini membuktikan Perdana Menteri tidak membuat keputusan bersendirian sebaliknya mendapat sokongan majoriti pemimpin UMNO.
aziz-kaprawi-umno
PETALING JAYA: Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat selepas mendapat sokongan lebih 150 Ketua UMNO bahagian.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pemimpin parti berbincang isu itu menerusi applikasi Telegram selepas Muhyiddin mengkritik 1MDB ketika berucap merasmikan majlis Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad lalu.

“Dalam tempoh tujuh jam (pada Isnin), 154 UMNO Bahagian menyokong Perdana Menteri membuat rombakan Kabinet.
‘”Begitu juga Ahli Majlis Tertinggi yang memberi mandat kepada Presiden untuk merombak Kabinet,” katanya merasmikan mesyuarat UMNO Lembah Pantai pada Sabtu.

Ini katanya, membuktikan Najib tidak membuat keputusan bersendirian sebaliknya mendapat sokongan majoriti pemimpin parti.
Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu bersama-sama Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.
FMT

No comments:

Post a Comment