Sunday, August 2, 2015

Pulang dari Tugas, Tentera ini Memerangkap Isterinya Berselingkuh (video)

 2 Ogos 2015
 
SHUTTERSTOCK . Gambar hiasan

WASHINGTON DC — Setelah lama bertugas di barisan  depan, seorang tentera Marine AS ingin memberikan kejutan untuk isteri dan anak perempuannya ketika dia pulang lebih cepat dari jadual sepatutnya.

Ketika memasuki kediamannya, tentera itu menghidupkan kamera video untuk merakam saat-saat dia mengejutkan isterinya. Ketika berkeliling di dalam rumah, terdengar suara puteri kecilnya memanggil-manggilnya.

Setelah berkeliling-keliling, tentera itu kemudian menuju ke kamar tidurnya dan membuka kamar mandi yang ada di situ. Betapa terkejutnya dia ketika mendapati isterinya dalam kondisi tanpa busana bersama seorang lelaki lain yang juga adalah seorang anggota tentera.

Melihat suaminya sudah muncul di rumah sebelum jadual yang seharusnya, terlihat wajah sang isteri sangat terkejut, sementara sang suami berteriak-teriak penuh amarah.

"Apa yang kamu lakukan di sini?" tanya  isterinya dengan nada kekuk.

"Apa yang kamu lakukan di sini, mengkhianati saya?" jawab sang tentera.

Terdengar jelas dalam video itu sang isteri mencuba mengelak tudingan bahawa dia sudah berselingkuh. Namun, tampaknya tentera itu sudah tak mendengarkan alasan isterinya lagi.

Tentera itu kemudian memerintahkan lelaki tersebut meninggalkan kediamannya dan mengikuti lelaki itu menuruni tangga menuju  tingkat bawah rumah.

Ketika sang tentera  membawa lelaki itu ke pintu  keluar, dia terus mengoceh dan menanyakan pangkat anggota marine itu. Video yang diunggah ke media sosial Facebook pada 28 Julai itu sudah ditonton lebih dari 250,000 kali.

Kompas.com/ Youtube

No comments:

Post a Comment