Sunday, August 2, 2015

ADUN PKR ditahan kerana sertai perhimpunan haram

 | August 1, 2015
Tindakan itu dibuat selepas ingkar perintah polis
teja
KUALA LUMPUR:Dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chan Lih Kang (Teja) dan Tan Kar Hing (Simpang Pulai) antara mereka yang ditahan polis.

Tindakan itu dibuat selepas mereka tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa supaya upaya tidak menyertai perhimpunan #TangkapNajib anjuran pertubuhan bukan kerajaan ‘Demi Malaysia’.
Selain ADUN berkenaan, beberapa individu lain yang menyertai bantahan berkenaan turut ditahan.

Antaranya, bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol.
Sehingga jam 2.45 petang, lebih 10 peserta dilapor telah ditahan polis.
Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang menyertai perhimpunan tersebut kerana dipercayai menggugat ketenteraman awam, selain menakutkan pelancong dalam dan luar negara yang berada di sekitar Kuala Lumpur.
FMT

No comments:

Post a Comment