Sunday, August 30, 2015

Bersih 4.0: Akhbar UMNO persoal dominasi kaum Cina

 | August 30, 2015
Utusan Malaysia turut mempersoalkan ketelusan penganjur Bersih yang sebelum ini menyatakan perhimpunan itu tidak bermotifkan politik.
bersih-kl
PETALING JAYA: Akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia mempersoalkan kehadiran orang Cina yang lebih ramai berbanding kaum lain sekaligus mendominasi peserta perhimpunan Bersih 4.0.

Persoalan itu dibangkitkan oleh akhbar berkenaan susulan hampir 80 peratus daripada lebih 50,000 peserta perhimpunan itu terdiri daripada kaum Cina.

“Apakah benar Bersih 4.0 bertujuan menuntut sebuah pilihan raya bersih seperti mana asal penubuhan pertubuhan haram tersebut? Atau ia menjadi medan kepada kaum tertentu untuk menunjukkan kekuatan mereka atau melunaskan agenda pembangkang bagi meracuni fikiran rakyat?, tulis akhbar itu di muka hadapan edisi Mingguan Malaysia.

Akhbar itu melaporkan mereka difahamkan sebahagian besar yang menyertai perhimpunan adalah penyokong-penyokong DAP khususnya yang datang dari Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Akhbar itu menyatakan, tidak keterlaluan jika ada tanggapan bahawa orang Cina mula mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku dalam parti politik Melayu khususnya melibatkan Pas memandangkan jumlah penyokong parti itu sama sekali tidak ada dalam perhimpunan itu.
“Yang hadir hanyalah kelompok orang Melayu yang menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) di bawah pimpinan Mohamad Sabu atau penyokong PKR,” kata akhbar itu.

Utusan Malaysia juga mempersoalkan ketelusan penganjur perhimpunan itu yang sebelum ini menyatakan ia tidak bermotifkan politik.
“Ini kerana, Pengerusi Bersih, Maria Chin sendiri dalam ucapannya menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak habis-habisan,” kata akhbar itu.

Selain Maria Chin, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali turut menyampaikan ucapan berbaur politik yang menggesa seluruh rakyat bangkit menyingkirkan Najib manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mendakwa perhimpunan itu bertujuan menyelamatkan negara daripada krisis politik dan ekonomi.

4 comments:

  1. Bila ramai kaum cina mereka kata ' DAP mengawal Bersih' tetapi bila ramai kaum melayu mereka kata pula 'Jadi barua DAP' inilah media di Malaysia yang kawal oleh golongan rasis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro..mereka ni tergolong dlm.kalangan..Media rasis yg.BANGSAT!

      Delete
    2. Betul bro..mereka ni tergolong dlm.kalangan..Media rasis yg.BANGSAT!

      Delete
    3. Betul bro..mereka ni tergolong dlm.kalangan..Media rasis yg.BANGSAT!

      Delete