Sunday, August 23, 2015

GHB cuba pancing Mat Said

 | August 22, 2015
Bernama melaporkan Mat Sabu mengalu-alukan lebih ramai menyertai GHB termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
ahmad-said,gbh
PETALING JAYA: Gerakan Harapan Baru (GHB) mengakui sedang berusaha untuk menarik bekas Menteri Besar Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
Pengesahan itu dibuat pengerusinya Mohamad Sabu.
Jelasnya, GHB mengambil pendekatan untuk mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai parti politik yang akan dibentuknya.

Bagaimanapun menegaskan akan sedia menentang sesiapa sahaja yang melawan mereka.
“Kami hanya akan bermusuh dengan lawan kami…siapa yang lawan (GHB),” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian selepas pelancaran GHB Terengganu di Dataran Shahbandar pada malam Sabtu.
Dalam majlis itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai Pengerusi GHB negeri.

1 comment:

  1. kami di belakang dengan rasa syukur untuk terus berjuang demi malaysia yang bersih dari rasuah dan hidup harmoni dalam berbagai bangsa di bumi malaysia ini.

    ReplyDelete