Shafie menegaskan tidak akan berbuat demikian kerana beliau salah seorang antara pengasas yang membawa UMNO ke Sabah.
PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
menafikan dakwaan dirinya antara mereka yang dikaitkan untuk
menggulingkan kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak.
Tegas Ahli Parlimen Semporna itu, dia tidak akan berbuat kerana
dirinya salah seorang antara mereka yang mengasas kemasukan UMNO ke
Sabah.
“Bila nama saya disebut sebagai salah seorang yang menggulingkan
kerajaan… nauzubillah, kenapa saya perlu buat macam tu?,” katanya yang
dipetik daripada Mstar Online.
Ketika berucap pada majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong
pada Sabtu, beliau Shafie memberi amaran kepada parti supaya bertindak
segera untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap
parti sebelum pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya kekalahan UMNO di tangan pembangkang di Kedah, Perak,
Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor disebabkan oleh beberapa
isu.
“Dalam pilihan raya umum akan datang, kita mesti bersedia untuk
menjelaskan kepada rakyat mengenai GST, kos sara hidup yang meningkat,
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kenaikan kos petrol dan banyak
lagi,” katanya yang dipetik daripada portal itu.
No comments:
Post a Comment