Malaysiakini 01/09/15
Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat PAS Johor termasuk ketua
kedua-dua sayap parti itu hari ini mengumumkan peletakan jawatan dalam
parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Semalam,
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan 'Amanah'
akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.
Pengerusi HB
Johor Aminolhuda Hassan berkata peletakan jawatan beramai-ramai ahli PAS
Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana dipaksa, tetapi
keranaia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang diingini.
Ketua
Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat
PAS negeri, Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.
"Kita
mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih
mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.
"Kita
menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan Peduli,"
kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu di Johor Bahru hari ini.
Beliau
yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, berkata pihaknya menyasarkan
seramai 5,000 keanggotaan baru menjelang pelancaran parti itu peringkat
negeri 11 September ini.
Pada 24 Ogos lalu, seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan GelangPatah meletakkan jawatan masing-masing.
Semalam,
Mat Sabu, bekas timbalan presiden PAS berkata, HB telah mengambilalih
Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dijenamakan semula sebagai Amanah.
- Bernama
Mohon Ibrahim Ali daftar Perkasa sebagai sebuah party politik !
ReplyDeleteUntuk pecah kan undi umno !