Friday, September 11, 2015

ADUN lompat parti tidak jejas Selangor

 | September 11, 2015
Azmin menegaskan tidak timbul sebarang isu berkenaan kemasukan ADUN Pas ke Parti Amanah Negara kerana mereka saling bekerjasama.
azmin-ali_pan_selangor_600
PETALING JAYA: Kedudukan kerajaan negeri Selangor tidak terjejas meskipun terdapat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pas membuat keputusan untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan apa yang berlaku tidak menjadi isu kerana mereka saling bekerjasama.
“Tidak timbul isu itu (kemasukan ADUN Pas ke PAN). Amanah, Keadilan kami kini bekerjasama. Yang penting kita pimpinan mesti menjadi contoh. Mandat diberikan oleh rakyat itu untuk kita bekerja dan mandat di Selangor ini besar.

“Saya dan rakan-rakan tak boleh mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Fokusnya adalah kepada dasar bersama yang dipersetujui untuk berkhidmat kepada orang ramai. Itu fokus saya,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di ibu pejabat PKR pada Jumaat.

Dalam pada itu mengulas mengenai pendirian PKR mengenai Pas dan DAP yang tidak mahu bersatu dalam gabungan Pakatan Rakyat 2.0, Azmin berkata, itu merupakan pandangan kedua-dua parti itu.

Katanya, parti itu terbuka kepada semua parti yang ada dan komited untuk melakukan perubahan.
“Itu merupakan pendirian yang konsisten daripada Keadilan sejak kami mereformasikan parti,” katanya.

Azmin turut mengulas mengenai sesi Parlimen akan datang yang dikhabarkan akan wujud empat gabungan parti dalam Pakatan 2.0.
“Dia mesti bincang. Ini bukan soal satu pihak. Saya tak boleh putuskan dari satu pihak. Kita kena bincang sebab itu Presiden berkata setelah dia bertemu dengan Amanah, dia akan bertemu dengan Pas, dia akan bertemu dengan DAP.
“Kita kena teruskan perbincangan, ia merupakan satu proses. Bukan senang untuk menguruskan gabungan parti politik,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment