Al Jazeera mempertahankan laporan wartawannya Mary Ann Jolley
mengenai kes pembunuhan Altantiya Shaariibuu yang menimbulkan rasa tidak
senang Putrajaya.
Jurucakap ibu pejabatnya di Doha, Qatar juga
menafikan mereka mempunyai agenda tertentu dengan penyiaran dokumentari
30 minit berjudul “Murder in Malaysia” (Pembunuhan di Malaysia) itu.
“Murder In Malaysia memperincikan dan menelusuri laporan kes pembunuhan misteri yang terus mengundang persoalan tidak terjawab.
“Filem
itu berdasarkan fakta-fakta di samping membangkitkan persoalan baru,
terutamanya berhubung Sirul Umat Azhar, yang kini berada dalam tahanan
rumah di Australia,” kata jurucapanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.
Sirul salah seorang daripada dua bekas polis elit yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati.
Jurucakap
Al Jazeera berkata mereka mengambil berat kebebasan sidang redaksi
organisasi itu dan mempertahankan hasil kerja wartawan yang menunjukkan
teladan dengan laporan adil pada setiap masa.
“Semua usaha sentiasa diambil bagi memastikan hak menjawab diberikan kepada semua pihak yang disebut dalam laporan itu.
“Kami
ingin tegaskan bahawa kami sebuah badan berita bebas antarabangsa yang
tiada agenda apa pun seperti juga dalam laporan lain yang kami
hasilkan,” katanya.
Al Jazeera bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat laporan itu.
Jolley pada Jumaat diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari mengenai kematian wanita Mongolia itu.
Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .
Timbalan
Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif
kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.
Beliau bertegas bahawa isu ditimbulkan adalah berita lama kerana ia berlaku Jun, tiga bulan yang lalu.
Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006 berdasarkan dakwaan tidak benar.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menjalankan
siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang
dikhuatiri mendatangkan khianat awam.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment