Menurutnya tiada guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika anda mempertahankan pemimpin yang jahat
PETALING JAYA: Orang Melayu menjadi kuat sekiranya pemimpinnya berwibawa, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.
Keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka yang memimpin lemah dan terpalit dengan pelbagai salah laku.
Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat
Sirat, Anina Saadudin dalam reaksinya terhadap Himpunan Melayu Bersatu
atau kumpulan Baju Merah.
“Tidak guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika anda mempertahankan pemimpin yg jahat,”tulisnya
.
Selain itu, dia juga mempersoalkan tujuan sebenar perhimpunan berkenaan.
“Secara dasarnya, itu racism. Di mana semangat penubuhan negara
Malaysia 16 september? Mereka sudah lari dari semangat kita sebagai
rakyat berbilang bangsa sebuah negara berdaulat. Mereka mengamalkan
semangat zaman batu,”katanya dalam kenyataan kepada FMT.

No comments:
Post a Comment