Wednesday, September 16, 2015

Cubaan ini sungguh berat ! Ibu memakai wangku untuk mengahwini lelaki yang memperkosaku


16/09/15
Chantelle Jones menjadi ibu paling muda di Britain ketika usianya 12 tahun. Pemerkosaan yang dia alami ketika masih berusia 11 tahun membuat Chantelle melahirkan bayi di usia yang teramat muda. Kesedihan menimpa lagi    , apabila ibunya mengahwini lelaki yang memperkosanya. Inilah penyataan paling sedih   gadis ini pada Dailymail.co.uk.

Sungguh tragis ! Ketika usianya baru 11 tahun, Chantelle Jones diperkosa 2 kali   oleh Russel Tovey, kekasih ibunya. Kerana kejadian tersebut, pada tahun 2006 ketika usianya   12 tahun, Chantelle melahirkan seorang putera, dan otomatik dia menjadi ibu paling muda di Britain. 

Pemerkosaan yang dialami pada usia muda membuat Chantelle mendapatkan wang gantirugi sebanyak  £22,000  . Namun kerana usianya masih di bawah umur, wang itu diserahkan kepada Beverley Bale, ibunya. 

Chantelle Jones | copyright dailymail.co.uk/Caters News agency 
Chantelle Jones | copyright dailymail.co.uk/Caters News agency

Ibunya, Beverley  memberikan £9,000  kepadanya , yaitu sebahagian dari wang tersebut ketika Chantelle berusia 18 tahun. Ia mengatakan bahawa bakinya sebanyak  £13,000  akan diberikan ketika chantelle berusia 21 tahun. Tahun ini, ketika usianya memasuki 21 tahun, alangkah terkejutnya dia, kerana dia hanya menerima £2,000  saja. Sementara wang sebanyak  £11,000 lagi dari wang gantirugi puteri Chantelle itu dipercayai dipakai Beverly untuk biaya pesta perkahwinan bersama Russel, kekasihnya sekaligus lelaki yang memperkosa Chantelle. Dan yang lebih mengejutkan lagi, yang memberikan pengakuan itu adalah Russel sendiri. 

Chantelle pun melaporkan kejadian tersebut pada pihak berkuasa. "Ibu telah mengkhianati aku. Aku tidak hanya kehilangan masa remajaku, tapi aku juga telah kehilangan puteraku dan wang gantirugi yang aku perolehi," kata Chantelle. "Dia sudah menghancurkan hidupku. Aku sudah tidak ingin ada hubungan lagi dengannya."

Chantelle Jones menggendong bayinya pada usia 12 tahun | copyright dailymail.co.uk/Caters News agency 
Chantelle Jones menggendong bayinya pada usia 12 tahun | copyright dailymail.co.uk/Caters News agency

Tak lama setelah melahirkan, Chantelle terpaksa merelakan puteranya untuk diambil keluarga lain sebagai anak angkat. Hal ini dia lakukan kerana bayi tersebut selalu mengingatkan Chantelle pada Russel, lelaki yang memperkosanya. 

Meski tidak bersedia memberikan keterangan apapun pada media, ibu Chantelle, Beverly sempat tertangkap kamera ketika mendatangi  mahkamah. Ia didapati bersalah kerana mencuri wang gantirugi milik puterinya. Dia dihukum 16 bulan penjara, serta diminta membuat kerja sosial selama 150  jam tanpa dibayar. Melalui peguamnya, Beverly mengaku sangat malu atas apa yang telah dia lakukan. Himpitan ekonomi membuatnya terpaksa menggunakan wang Chantelle untuk mencukupi keperluan hidup. 

Beverly Bale, ibunda Chantelle Jones | copyright dailymail.co.uk 
Beverly Bale, ibu  Chantelle Jones | copyright dailymail.co.uk

Sementara Russel sendiri telah dihukum 11 tahun penjara sejak tahun 2006 lalu, kerana telah memperkosa Chantelle 2 kali, antara bulan Mei hingga Julai 2005. 
Hakim menyebut perbuatannya sebagai "kejahatan murni". "Anda bukan hanya merampas masa remaja, namun juga sebahagian dari masa kecilnya. Hal ini akan membawa pengaruh yang sangat besar pada baki kehidupannya. Sudah sangat jelas bahawa anda kehilangan sikap moral anda," kata hakim semasa perbicaraan  .
Ketika pemerkosaan terjadi, status Russel adalah sebagai kekasih dari Beverly.

Dan nampaknya cinta telah membutakan mata Beverly, sehingga dia tetap mengahwini lelaki yang telah memperkosa dan menghancurkan masa remaja puterinya. Semoga setelah kejadian ini, Chantelle dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia bersama sang pujaan hati.

Chantelle Jones, pictured with her boyfriend Max Hodges, became Britain's youngest mother when she gave birth to a son in 2006 - aged just 12
Chantelle Jones, pictured with her boyfriend Max Hodges, became Britain's youngest mother when she gave birth to a son in 2006 - aged just 12

No comments:

Post a Comment