22/09/15
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti pembangkang
termasuk NGO supaya mengetepikan perbezaan bagi mewujudkan muafakat
politik baru demi membawa perubahan kepada negara.
Menurutnya
lagi, usaha rundingan meja bulat sebagai langkah untuk menyelamatkan
Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada
reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.
"Walau saya di
penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat
terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan
retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak
berkesudahan.
"Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan
perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya
maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Persidangan meja bulat akan diadakan esok di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.
Sebelum
ini dilaporkan PAS masih bertahaluf dengan PKR dalam pakatan
pembangkang tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH. Mereka juga tidak akan
menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat.
Semalam Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berharap selepas PAS menolak untuk menghadiri perbincangan meja bulat bagi membentuk gabungan politik pembangkang yang baru esok.
Sementara
itu, Dr Wan Azizah hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil
DAP bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk hala tuju
perjuangan berasaskan prinsip yang dipersetujui bersama.
Tiga wakil itu ialah tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang, MP Seputeh Teresa Kok serta MP Kluang Liew Chin Tong
"Kami
turut membincangkan mengenai rundingan meja bulat ke arah pembentukan
pakatan pembangkang baru yang bakal diadakan pada hari esok.
"Rundingan
ini akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang utama, pimpinan NGO
serta tokoh-tokoh lain,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan yang
dikeluar pejabat presiden.
Dr Wan Azizah juga berharap runding
meja bulat esok mampu membina muafakat politik baru yang lebih kuat
sejajar dengan harapan rakyat yang mengimpikan pakatan pembangkang yang
teguh dan harmoni untuk menewaskan Umno/BN.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment