Bengkel kereta itu terletak di USJ3 dan disiasat polis kerana kedudukannya yang terletak tidak jauh dari lokasi mayat ditemui.
PETALING JAYA: Sebuah bengkel kereta milik salah seorang suspek
dipercayai menjadi tempat untuk menyembunyikan mayat mendiang Anthony
Kevin Morais.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa yang mengesahkan
perkara itu berkata, bengkel yang terletak di USJ 3, Subang Jaya itu
merupakan antara tempat yang disiasat oleh pihaknya memandangkan ia
terletak tidak jauh dari lokasi mangsa ditemui.
“Ia (bengkel) milik seorang daripada suspek…maklumat lain masih dalam siasatan dan tidak boleh didedahkan.
“Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi
membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya yang dipetik daripada
Bernama.
Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam
Negara itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya pada Rabu
lalu, selepas seorang daripada suspek membawa polis ke lokasi tong itu
dibuang di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.
Mendiang Kevin, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya
di Menara Duta, di sini pada 4 Sept untuk ke pejabatnya di Putrajaya
dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor
pendaftaran WA6264Q.

No comments:
Post a Comment