23/09/15
Penari Bilqis Hijjas yang dituduh menghina dengan menjatuhkan belon
kuning dalam acara dihadiri perdana menteri, mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
“Dia putuskan untuk
lawan kes ini kerana dia tidak lakukan apa-apa kesalahan,” kata
peguamnya Michelle Yesudas kepada pemberita selepas prosiding mahkamah.
Bapa
tertuduh, Hijjas Kasturi, yang juga seorang jurutera terkenal,
bertindak sebagai penjamin untuk Bilqis yang kini popular dengan gelaran
“Gadis Belon”.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah turut hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Bilqis, 35.
Pada
Hari Merdeka 31 Ogos lalu, tujuh belon kuning dilepaskan di pusat
membeli belah Pavilion di ibu negara dalam acara dihadiri Najib dan
isterinya Rosmah Mansor.
Belon
yang dilepaskan itu antaranya tertulis perkataan "democracy",
"justice", "free media" yang kemudian dipecahkan oleh pengawal
keselamatan.
Najib dan Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana tidak menyedari insiden itu berlaku.
Lautan
manusia menyertai perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung selama 34 jam
di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad menjelang Hari Merdeka.
Mereka mendesak Najib melepaskan jawatannya ekoran pelbagai masalah yang dihadapi negara selain dakwaan skandal melibatkannya.
No comments:
Post a Comment