Malaysiakini 22/09/15
Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan rasuah bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.
"Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Makinudin selepas Hakim Jeffrey Tan Kok Wha membaca penghakiman.
Hakim Zulkefli mengetuai panel lima anggota hakim.
Sebelum ini, Khir didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.
Beliau
mempunyai rumah agam gaya Bali di Seksyen 7 Shah Alam yang dirampas
oleh pihak berkuasa apabila Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah
kerana rasuah.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.
Mohamad
Khir diwakili oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, M Athimulan,
Kamarul Hisham Kamaruddin, Jahabardeen Yunus, Sarah Abishegam.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud dan Mohd Dusuki Ahmad
Mahkamah Persekutuan memberi tempoh 30 minit untuk pihak pembelaan menyediakan mitigasi. [Baca berita asal]
Sementara itu, Bernama melaporkan
mengikut keputusan yang dibacakan oleh Hakim Tan, mahkamah memutuskan
bahawa pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir tidak mempunyai kecacatan.
Beliau
berkata tiada kesilapan dalam fakta-fakta pertuduhan yang menyatakan
bahawa Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu atas sifatnya sebagai
penjawat awam (Menteri Besar).
Dr Mohamad Khir, 50, yang memakai
sut berwarna kelabu, kelihatan tenang apabila mahkamah mengekalkan
sabitan dan hukuman penjara setahun.
Mahkamah Persekutuan
bersidang hari ini untuk membuat keputusan selepas menangguhkan
prosiding pada 27 Ogos lepas kerana Dr Mohamad Khir menjalani rawatan di
Institut Jantung Negara (IJN).
Mahkamah Tinggi Shah Alam
mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan
isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen
7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk
Shamsuddin Hayroni.
Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.
Bekas
anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan
kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan
Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.
No comments:
Post a Comment