Mayatnya ditemui disimen dalam tong dan ditemui awal pagi Rabu.
UPDATED
PETALING JAYA: Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di
Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais telah ditemui dalam keadaan
disimen dalam sebuah tong di Subang.
Menurut laporan Sinar Harian, mayat Morais ditemui hasil pengakuan
beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh
Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak
malam kelmarin.
Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC
kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais
dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi.
Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa
terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama
kes terbabit.
Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Susulan penemuan mayat berkenaan, di lokasi kejadian ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi.
Kevin dilaporkan hilang pada 4 September selepas keluar dari rumahnya
di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi
untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
FMT

No comments:
Post a Comment