Selain menerima pampasan, waris korban juga menjadi tetamu Diraja pada musim haji akan datang.
PETALING JAYA: Waris korban insiden kren tumbang di Masjidil Haram
akan menerima pampasan berjumlah 1 juta Riyal daripada kerajaan Arab
Saudi, selain menjadi tetamu Diraja pada musim haji akan datang.
Jumlah yang sama juga akan dibayar kepada mereka yang mengalami kecacatan kekal akibat insiden itu.
Bagi yang mengalami kecederaan, mereka akan mendapat ganti rugi berjumlah 500,000 Riyal.
Pengumumannya dibuat Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.
Selain itu, Riyadh juga memutuskan untuk memberikan visa khas kepada
anggota keluarga mangsa yang cedera dalam insiden Jumaat lalu.
Susulan kejadian yang berlaku, syarikat pembinaan milik keluarga Bin Laden telah digantung sehingga siasatan selesai dilakukan.
Akhbar tempatan, Khaleej Times melaporkan siasatan awal mendapati
kren berkenan telah diletakkan di posisi yang salah dan tidak selamat.
LINK: Khaleej Times

No comments:
Post a Comment