04/09/15
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak tidak akan berlaku.
Beliau yang bertanggungjawab dalam hal ehwal parlimen berkata parlimen di negara ini tidak sama seperti di negara lain.
“Mana ada. Kita tidak buat macam itu. Di Malaysia caranya bukan begitu.
“Kamu
harus dapatkan sokongan majoriti untuk dapat sokongan dan sekarang
sokongan majoriti bersama pemimpin yang memerintah iaitu perdana
menteri,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Eskpo Filem
Malaysia di KLCC, Kuala Lumpur.
Azalina ditanya tentang ura-ura
undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak dibuat dalam
persidangan parlimen akan datang.
Bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad, pengkritik nombor satu Najib, juga sebelum ini
berkempen supaya tindakan itu disokong oleh anggota parlimen BN.
Mahathir
kini melibat Najib sebagai beban dalam BN yang mesti disingkirkan jika
parti pemerintah mahu terus mengekalkan kuasa selepas pilihan raya umum.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment