Friday, September 25, 2015

Pakar: Jangan jadikan sejarah alat politik


Aziz Bari
SHAH ALAM - Penulisan sejarah negara tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat politik demi kepentingan pihak tertentu apabila fakta penting dalam pembentukan  negara disembunyikan oleh mereka yang berkuasa.

Pensyarah Undang-undang, Prof Madya Dr Aziz Bari menegaskan, penulisan semula sejarah negara tidak berkesudahan jika fakta itu terus dimanipulasi dan diseleweng mengikut acuan pemerintah sama ada BN mahupun pembangkang.

"Esok kita tulis balik dengan kaca mata (pihak) tertentu, orang lain akan tulis semula, jadi tak habis-habis tulis semula sejarah.

"Kalau kita nak hentikan masalah ini, kena lebih objektif, sejarah perlu ditulis sebagai sejarah dan bukan untuk tujuan politik," katanya kepada Sinar Online, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aziz juga berkata, penulisan sejarah perlu dikendalikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut dan bukan ahli politik.

"Biarlah sejarah itu ditangani oleh pakar-pakarnya, penyelidikan dan mereka yang ada kepakaran, bukan oleh orang politik, itu yang kita tak mahu.

"Saya fikir pakar-pakar itu ada di universiti dan ada dalam kalangan kita, orang ini yang patut kita runding dan pakai," ujarnya.

Dalam pada itu, Aziz mendakwa lagi, sejarah pada masa ini ditulis berdasarkan keahlian manakala peranan pembangkang dilenyapkan.

"Tidak dinafikan kira harus mengambil kira pandangan ahli politik dari pembangkang yang lebih betul dan tepat dari segi maklumat dan tafsirannya.

"Dalam soal pemerintahan, banyak peranan dan inisiatif dibuat BN kerana dia pemerintah, tetapi pembangkang ada juga benda yang dia buat," tegasnya.
Sinar Harian

2 comments:

  1. dah lama sejarah telah bertukar menjadi acuan pemerintah....sayang rakyat malaysia malas membaca n memahami stratiji para munafiqin ni .harap ada kesedaran melalui islam...ahli sunnah wal jamaah...ini yg nabi kita...Muhammad S.A.W....fikir fikirkan....

    ReplyDelete
  2. dah lama sejarah telah bertukar menjadi acuan pemerintah....sayang rakyat malaysia malas membaca n memahami stratiji para munafiqin ni .harap ada kesedaran melalui islam...ahli sunnah wal jamaah...ini yg nabi kita...Muhammad S.A.W....fikir fikirkan....

    ReplyDelete