Malaysiakini 13/09/15
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu perlu
kekal dalam satu gabungan demi memperkukuhkan lagi pembangkang di negara
ini.
Mengakui kekuatan pembangkang berada dalam satu gabungan, MP
Pasir Mas itu bagaimanapun berkata asas hormat menghormati perlu ada
untuk terus kekal dalam sebagai satu pakatan.
"Kita konsisten
bahawa kita perlu kuat dan kekuatan pembangkang ialah dalam gabungan.
Dan selagi mana boleh bergabung, kita akan kekal bergabung dalam
gabungan politik tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada
sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, menjelang pertemuan antara
wakil parti itu dengan PKR bagi membincangkan mengenai pakatan baru
pembangkang esok.
Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat PKR jam 2.30 petang.
Isu penyertaan PAS dalam gabungan baru timbul selepas PKR bertegas mahu PAS dalam gabungan itu tetapi dibantah oleh DAP.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, parti Islam itu tidak mustahil bergerak sendirian.
Ini
kerana, Abdul Hadi berkata, gabungan baru itu tidak mempunyai agenda
memartabatkan Islam dan hanya mahu memenangi pilihan raya akan datang.
No comments:
Post a Comment