Thursday, September 3, 2015

Pecat keahlian: Anina mahu heret Ku Nan pula ke mahkamah

 | September 3, 2015
Anina memberi tempoh tiga hari kepada Tengku Adnan menarik balik surat pemecatannya sebagai ahli UMNO.
anina-saaduddin_600
PETALING JAYA: Anina Saadudin memberi tempoh tiga hari kepada Setiausa Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menarik balik surat pemecatan dia sebagai ahli UMNO.

Jika gagal, Anina tidak teragak-agak mengheret Tengku Adnan ke mahkamah sama seperti yang dilakukannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya dengan penuh hormat meminta Datuk Seri (Tengku Adnan) untuk menarik balik dan membatalkan surat Datuk Seri tersebut dalam tempoh tiga hari bekerja selepas surat ini.

“Andai kata Datuk Seri gagal berbuat demikian, saya akan memegang hak untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri kerana melanggar peraturan parti dan gagal mempertahankan dan melindungi aset parti UMNO sehingga sejumlah AS$650 juta hilang daripada akaun Umno dan dilarikan ke akaun bank di Singapura yang bukan milik UMNO, ” katanya dalam sidang media di Kota Damansara pada Khamis.

Katanya, Tengku Adnan tidak berhak memecatnya dalam keadaan tergesa-gesa kerana nama beliau turut dimasukkan dalam saman sebagai tali barut kepada Presiden parti.

Anina berkata, dia berani membuat kenyataan terhadap Tengku Adnan kerana menganggap surat pemecatan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO itu pra matang

Katanya,surat tersebut telah disebarkan kepada pengetahuan orang awam terlebih dahulu sebelum diserahkan kepadanya.
“Kedua-dua surat yang dikeluarkan Datuk Seri bertarikh 1 September dan 2 September 2015 telah disebarkan kepada media dan awam, sebelum saya memenerima mana-mana surat secara peribadi.

“Perlakuan Datuk Seri menyebarkan surat-surat tersebut kepada media dan awam sebelum tarikh penerimaan peribadi saya adalah satu kesalahan,” katanya.
Penjelasan Anina itu dimuatkan dalam notis empat muka surat yang dihantar kepada Tengku Adnan.

Dalam notis itu, Anina turut menafikan dakwaan tindakan dia membawa perihal parti ke mahkamah telah melanggar Perlembagaan parti.
“Saya telah memenuhi peraturan-paraturan parti dan Datuk Seri tidak berhak untuk memecat saya menggunakan Fasal 20.7 (Perlembagaan UMNO).
“Saya cuma melaksanakan tanggung jawab saya sebagai ahli UMNO menurut perlembagaan UMNO membawa tindakan di mahkamah,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment