05/09/15
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan
menjangkakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib
Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak akan dipecat.
Ditanya
kemungkinan keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 9
September ini, beliau menyifatkan tindakan memecat timbalan dan
presiden parti itu sebagai kurang bijak.
"Jauh dalam hati saya, saya tak fikir begitu (berlaku pemecatan). Saya tidak dipanggil berunding.
"Secara
peribadi saya tidak fikir ia tindakan yang bijak untuk diambil. Bukan
pada masa sekarang, kita sudah cukup dengan kesukaran sedia ada,"
katanya pada sidang media selepas melawat Pangsapuri PPR Wangsa Sari,
Wangsa Maju hari ini.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini
dikhabarkan kononnya akan disingkir daripada Umno kerana tidak bersetuju
dengan cara Datuk Seri Najib Razak mengendalikan isu 1MDB serta dana
dermawan Arab bernilai RM2.6 bilion.
Turut tersenarai dalam
'khabar' itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli
Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak Datuk Hamidah
Osman.
Abdul Rahman yang juga MT Umno berkata, beliau sendiri
tidak akan hadir pada mesyuarat MT Rabu nanti kerana berada di luar
negara.
"Saya tidak tahu, saya tiada di sini. Patut ke saya balik," katanya ditanya kemungkinan pemecatan itu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment