Thursday, September 3, 2015

Penganjur Bersih cabar DBKL bawa bukti

 | September 2, 2015
Penganjur Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah sanggup diseret ke mahkamah bagi menjawab tuduhan itu peserta bersih kencing dan merosakkan harta awam
bersih__6001
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyatakan bukti dan maklumat lanjut peserta Bersih 4.0 kencing di merata-rata dan merosakan harta benda awam minggu lalu.

Penganjur Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, dia sanggup diseret ke mahkamah bagi menjawab tuduhan itu.
” Itu tanggungjawab DBKL untuk membersihkan kawasan, macam mana DBKL nak caj seseorang buang air kencing merata. Adakah mereka tahu siapa?.
“Kemukakan bukti, kita akan jawab di mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kos tuntutan RM65,000 sebagaimana yang diminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan.

Dalam perkembangan berkaitan, Maria memaklumkan tujuh Anggota Jawatankuasa Bersih 2.0 selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 12.30 tengahari Rabu.

Ia menyentuh mengenai kenyataan media, pelancaran Bersih dan perhimpunan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu.
“Mereka tidak mendakwa kami. Mungkin akan dimaklumkan kemudian jika mereka (polis) ingin mendakwa kami,” tambahnya.

Turut diambil keterangan kutipan tabung akaun derma bernilai RM1.5 juta yang yang dipungut untuk menggerakan Bersih 4.0.
Selain Maria Chin, turut dipanggil, Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh dan Adam Adli Abdul Halim.

Mereka akan disasat mengikut Seksyen 120, 124C, 140 dan 141 Kanun Keseksaan sementara Mandeep disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
FMT

No comments:

Post a Comment