Polis juga menemui ubat anestesi dan alat bedan profesional di rumah Frederiksen (Foto: BBC)
JOHANNESBURG – Polis Afrika Selatan menemui apa yang diyakini sebagai alat kelamin dari 21 perempuan dalam sebuah peti sejuk seorang lelaki Denmark yang mereka tangkap.
Peter Frederiksen, pemilik dua toko senjata di Bloemfontein, Afrika Selatan,
dibidik berbagai sangkaan, antara lain penyerangan seksual, ancaman, dan
kekerasan domestik.
Lelaki 58 tahun itu dipercayai membius para korbannya terlebih dahulu sebelum membedah mereka.
Brigadir Hangwani Mulaudzi, dari satuan penyiasatan Polis Afrika
Selatan mengatakan kepada BBC, bahawa suspek akan tetap ditahan,
namun berkesempatan untuk meminta pembebasan bersyarat Isnin minggu
depan.
Polis yakin , para korbannya adalah kaum perempuan dari negara tetangga, Lesotho.
Menurut wartawan BBC di Johannesburg, polis menggrebek dan menangkap
Fredekrisen berdasarkan satu informasi yang mereka terima.
Bahagian-bahagian yang diyakini alat kelamin itu ditemui di peti
pendinginnya, semua dibungkus rapi dalam kantung plastik yang diberi
label, lengkap dengan tanggal dan nama perempuan dan asalnya.
Berbagai ubat anestesi serta peralatan doktor untuk pembedahan juga ditemui di rumah itu, kata polis .
Brigadir Mulaudzi mengatakan, polis menyerukan agar para korban
datang membantu penyelidikan itu. Menurut polis , Fredekrisen juga
merupakan buruan polis Denmark untuk kes perdagangan gelap senjata
api.
Okezone.com
No comments:
Post a Comment