Thursday, September 24, 2015

Tidak wajar Saifuddin hadir Persidangan Meja Bulat – KJ

 | September 23, 2015
Dia tidak merasai hairan jika kepimpinan parti mengarahkan Saifuddin Abdullah tampil dengan surat tunjuk sebab kerana hadir program itu.
Saifuddin-Abdullah_600
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang pada Selasa.

Disebabkan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak merasai hairan jika kepimpinan parti mengarahkan Saifuddin tampil dengan surat tunjuk sebab kerana hadir program itu.

“Ya, dia perlu menjawab (surat tunjuk sebab) kerana saya fikir ia merupakan satu pelanggaran disiplin (UMNO),” jelas Khairy pada pelancaran Festival Score FitMob 2015 sempena Hari Sukan Negara, di Universiti Kolej KDU pada Rabu.

Katanya lagi, ia bukanlah program debat atau forum tetapi merupakan perbincangan politik parti pembangkang dalam menentukan hala tuju mereka.
“Kita boleh sertai debat, forum yang disertai pemimpin pembangkang. Saya pun ada sertai banyak kali, kita tiada masalah dengan itu.

“Kita boleh bekerjasama (dengan parti pembangkang) di Parlimen, malah dengan kerajaan negeri tetapi program parti politik yang membincangkan kerjasama pembangkang, saya rasa tidak wajar ahli parti lagi satu (Barisan Nasional) untuk menyertainya,” katanya.

Menurut laporan, bekas timbalan menteri Saifuddin hadir ke persidangan tersebut mewakili NGO, Akademi Belia.

No comments:

Post a Comment