Friday, September 4, 2015

Surat istimewa Tun M untuk Anina

 | September 4, 2015
Dr Mahathir juga berharap supaya Anina terus bercakap benar walaupun ia menjadikannya tidak disukai oleh sesetengah pihak.
tun-m-anina
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad bangga dengan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin yang berani bercakap benar.

Katanya, tidak ramai yang seberani Anina dalam menyatakan kebenarana kerana takut dituduh pengkhianat.

“Tidak ramai yang berani bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.
“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,” tulis Dr Mahathir.
IMG-20150904-WA0019
Dr Mahathir turut menyatakan dukacita di atas pemecatan Anina sebagai ahli UMNO oleh Setiausaha Agung UMNO berikutan tindakannya memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Kuala Lumpur terhadap Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak berkaitan dengan penerimaan ‘derma’ bernilai RM2.6 bilion.

Beliau juga berharap supaya Anina terus bercakap benar walaupun itu akan menjadikan dia tidak disukai oleh sesetengah pihak.
“Jangan sesekali berputus asa. Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari,” tulisnya.
FMT

No comments:

Post a Comment