Kit Siang (duduk, tengah) bergambar dengan sebahagian sukarelawan Impian Kedah Perlis, semalam.
PENDANG - Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN
untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak di Parlimen.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jumlah itu merupakan majoriti mudah untuk membolehkan usul berkenaan diterima.
“Jumlah keseluruhan ahli parlimen adalah 222 orang dan jika semua ahli
parlimen berada dalam dewan, bermakna majoriti mudah yang perlu ialah
sebanyak 112 undi.
“Jika perlu 112, maka kita mungkin memerlukan sekurang-kuangnya 40
sokongan dari ahli parlimen BN,” katanya selepas menghadiri program
pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Impian Kedah Perlis dengan
kerjasama St John Ambulans Malaysia serta Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Surau Kampung Kedah, Guar
Kepayang di sini, semalam.
Menurutnya, 40 undi itu mungkin boleh dapat daripada 20 ahli parlimen Umno dan 20 lagi ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak.
“Kita akan berbincang dahulu dengan semua wakil rakyat berkenaan untuk
mendapat majoriti mudah dalam usul ini. Dalam satu pengundian kita hanya
memerlukan majoriti mudah iaitu bergantung kepada jumlah wakil rakyat
dalam Parlimen yang hadir.
“Sekiranya hanya 80 ahli parlimen yang hadir, maka ia sudah memadai
untuk membolehkan kita mengusul undi tidak percaya kepada Perdana
Menteri,” katanya.
No comments:
Post a Comment