Tuesday, September 22, 2015

Yayasan Raja Zarith Sofia taja 100 pelajar Malaysia di UK dan AS.

 | September 22, 2015
Tajaan itu susulan tawaran bantuan kewangan oleh Raja Zarith Sofia kepada pelajar di kedua-dua negara selepas kejatuhan Ringgit yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran.
raja-sofia
PETALING JAYA: Kira-kira seratus pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima tajaan biasiswa oleh Zarith Sofiah’s Initiative For Educational Financial Assitance (ZSIEFA) melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Tajaan itu susulan tawaran bantuan kewangan oleh Permaisuri Johor itu kepada pelajar di kedua-dua negara ekoran kejatuhan nilai Ringgit.
Kesemua nama pelajar daripada pelbagai latar universiti di UK dan AS diumumkan di laman Facebook Z.S.I.E.F.A dan DYMM Raja Zarith Sofia- Permaisuri Johor pada Isnin.

“Tahniah kepada semua penerima. Kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin melalui e-mel untuk pengagihan. Kepada pemohon yang tidak bernasib baik, kami mengucapkan terima kasih kerana turut memohon dan memberi sokongan anda,” kata kenyataan dalam laman Facebook ZSIEFA.

Dana berkenaan diagihkan secara berperingkat bermula 23 September hingga 31 Disember ini.

Ia melibatkan empat fasa, di mana yang pertama melibatkan 10 penerima, fasa kedua pada 31 Oktober seramai 20 penerima, fasa ketiga pada 31 November melibatkan 30 penerima dan fasa terakhir pada 31 Disember melibatkan 40 penerima.

ZSIEFA turut memaklumkan bahawa pelbagai program lagi sedang dibangunkan untuk membantu pelajar-pelajar yang lain dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment