Mesej keahlian Amanah didakwa palsu.
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa mesej berkaitan
keahlian dan penghinaan kepada pihak tertentu yang dikatakan dihantar
oleh pemimpin parti itu adalah palsu.
Setiausahanya, Mohd Anuar Tahir berkata, beliau menerima laporan nombor telefon beberapa orang setiausaha Amanah peringkat negeri telah digodam.
“Setakat ini, ia melibatkan nombor telefon setiausaha Amanah Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Perlis, Pahang dan Kelantan. Kesemua mereka hanya mengetahui hal ini selepas mendapat mesej balas daripada penerima yang menghubungi mereka.
“Bagi pihak Amanah, saya ingin menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan taktik politik kotor.
"Kami tidak menolak kemungkinan tindakan ini sebagai cubaan mengganggu dan menyekat gelombang penyertaan rakyat ke dalam Amanah yang semakin pesat waktu ini khususnya di peringkat kawasan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam mesej yang disebarkan, penerima akan mendapat mesej mengatakan mereka telah mendaftar secara online untuk menjadi ahli Amanah.
Katanya, pasukan teknikal Amanah sedang menyiasat kes itu dan pemilik nombor yang digodam dinasihatkan membuat laporan polis.
“Kes sebegini bukan pertama kali. Amanah sebagai parti baharu sedar risiko dihadapi untuk menempatkan diri di persada politik tanah air. Walau apa cara digunakan untuk menyekat usaha kami, ia sama sekali tidak mematahkan semangat petugas Amanah untuk terus mendampingi rakyat,” katanya.
Beliau turut menasihatkan penerima mesej palsu agar tidak terkeliru dengan permainan politik jijik.

Artikel Berkaitan
No comments:
Post a Comment