Awie berkata nama negara tercemar di dalam dan luar sejak krisis syarikat sarat hutang itu didedahkan.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Awie meminta kerajaan berusaha menyelesaikan masalah 1MDB secara berhemah dan terhormat.
Vokalis kumpulan Wings itu berkata, sejak krisis syarikat sarat
hutang itu didedahkan, kesannya mencemar nama kerajaan di dalam mahupun
di luar negara.
“Kalau boleh, kita mahu perkara ini diselesaikan dengan baik sebab
imej Malaysia sangat tercemar ketika ini,” katanya seperti dilaporkan
Malaysiakini.
Dia berkata, ramai pengguna sosial memperlekehkan negara ini kerana
tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan kerajaan dalam isu
1MDB.
“Saya buka Internet, contohnya di YouTube. Ramai orang yang mengutuk dan ia amat memalukan.
“Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini,” katanya.
Awie berkata, isu 1MDB juga mendorong sesetengah pihak memainkan
sentimen perkauman dan ia dilihat meningkat mendadak sejak kebelakangan
ini.
“Kita boleh lihat sekarang banyak banyak sentimen perkauman dimainkan
hingga hilang rasa hormat antara satu sama lain hanya kerana politik,”
katanya, lapor portal itu

No comments:
Post a Comment