DEIG telah menghantar notis tuntutan saman berhubung kenyataan Faekah Husin kepada NST yang didakwa berbaur fitnah.
PETALING JAYA: Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) telah menghantar
notis tuntutan saman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif,
Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Faekah Husin.
Notis itu dihantar menerusi peguam DEIG, Abu Bakar dan Yong yang
mewakili MBI, DEIG dan Ketua Pegawai Operasi DEIG, Soffan Affendi
Aminuddin pada 25 September lalu.
Tindakan notis saman tersebut dibuat susulan artikel yang disiarkan
New Straits Times bertajuk ” WHY NO STATE OFFICIALS IN DEIG” yang
didakwa fitnah untuk merosakkan reputasi dan nama baik mereka.
Notis itu menyatakan antara lain kenyataan yang dibuat Faekah yang
disiarkan NST telah mencemarkan nama DEIG, mengamalkan rasuah dan tidak
amanah apabila menuduh DEIG menyalahgunakan aset Kerajaan Negeri
Selangor.
“…DEIG dituduh terlibat dalam urus niaga dan transaksi yang meragui,
COO Soffan Affendi Aminuddin sebagai tidak amanah, jujur dan mengamalkan
rasuah dan akan gunakan kedudukkannya untuk menyalah guna aset Kerajaan
Negeri Selangor dengan amalan transaksi mencurigai dan amalan rasuah ,”
Sementara itu, Faekah yang dihubungi FMT berkata, dia telah menerima
notis daripada peguam MBI yang menyatakan dia telah mengeluarkan
kenyataan berbuar fitnah serta memintanya menarik balik kenyataan itu.
“Saya melihat tindakan ini sebagai taktik Menteri Besar Selangor
untuk menekan dan menakut-nakutkan pengkritik beliau dengan ancaman
tindakan mahkamah.
“Sebelum ini, Selangor mengamalkan dan memperjuangan kebebasan
bersuara dan kebebasan maklumat. Nampaknya zaman Menteri Besar sekarang
ia telah tercemar.
“Saya hanya mahukan Azmin memberi jawapan jelas dan tepat berkenaan
isu DEIG kerana ia telah dibangkitkan wakil rakyat kerajaan dan
pembangkang.
“Tindakan mengugut dan saman tidak akan dapat menutup hak rakyat
daripada mengetahui perkara sebenar apatah lagi DEIG telah diberikan
amanah untuk mengurus aset Selangor berjumlah RM30 bilion,” katanya.
Faekah berkata, dia telah meminta peguamnya untuk menyemak notis itu dan mengambil tindakam selanjutnya.
FMT
FMT

No comments:
Post a Comment