05/10/15
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mencadangkan supaya Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak diberi "laluan selamat" untuk
berundur demi untuk menyelamatkan negara daripada musnah.
"Mari
kita beri laluan selamat kepadanya. Mari kita buat ia lebih mudah bagi
beliau untuk berundur," kata Kadir dalam blognya malam tadi.
"Kita
perlu bertanya kepada diri kita sendiri, yang lebih penting -
membicarakan beliau atas dakwaan rasuah atau menyelamatkan negara ini"
Kadir
berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan
apa-apa yang baru apabila menyebut Najib tidak akan berundur kerana
beliau takut ditangkap dan didakwa.
Beliau memberi contoh di
Zimbabwe, yang presiden Robert Mugabe berkuasa selama 35 tahun – tetapi
memyebabkan ekonominya runtuh dan dolar Zimbabwe menjadi mata wang
sampah.
Kadir bertanya adakah kita mahu Najib melakukan seperti
apa yang dibuat Mugabe dengan terus kekal berkuasa tanpa mengira
akibatnya dan membiarkan ekonomi merudum.
"Atau kita berikan
beliau laluan yang selamat?" tanya Kadir sambil berkata semakin lama
keadaan semasa berterusan, ia akan menjadi lebih teruk.
Kadir
berkata, semua orang tahu bahawa Najib akan melakukan apa saja yang
beliau mampu untuk terus kekal sebagai perdana menteri.
Imelda pergi kerana laluan selamat AS
Ini termasuk memaparkan wajah berani dalam dan luar negara.
"Tetapi
jauh di dalam hatinya beliau tahu sebaik sahaja beliau meletakkan
jawatan atau hilang kawalan ke atas Jabatan Peguam Negara, polis,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara, beliau
akan ditangkap dan didakwa.
"Kita
semua akan terkutuk oleh generasi akan datang jika kita tidak berbuat
apa-apa untuk menghentikan perkara buruk ini. Kita harus
bersungguh-sungguh mengambil berat tentang masa kita dan tentang masa
depan anak cucu kita," tegas Kadir.
Sambil merujuk kepada Filipina, Kadir berkata negara jiran itu pernah menjadi lebih baik daripada Malaysia.
"Hanya
dengan seorang pemimpin yang tidak baik dan isterinya yang
merosakkannya. (Ferdinand) Marcos telah lama pergi tetapi Filipina tidak
pernah benar-benar pulih daripada apa yang dia dan isterinya lakukan.
Mereka musnahkan Filipina.
"Marcos (gambar) dan isterinya yang boros berbelanja, Imelda (gambar)
tidak akan berlalu pergi pada malam 25 Februari 1986 sekiranya Amerika
Syarikat tidak menjamin keselamatan mereka dan Presiden Corazon Aquino
tidak memberikan mereka laluan selamat," kata Kadir lagi.
Najib
kini berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk meletakkan
jawatan sebagai perdana menteri, terutamanya selepas perhimpunan BERSIH
pada Ogos lalu.
Ia menyaksikan ratusan ribu orang turut ke jalanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran semasa.
Namun begitu, Najib dilihat mahu terus kekal sebagai perdana menteri.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment