Ku Amran (kanan) menceritakan pengalamannya tinggal di khemah kepada Mohd Azmawi Fikri
GUA MUSANG - “Kami selesa tinggal di khemah dan tetap berpindah jika
kerajaan menyediakan rumah untuk kami semua nanti,” kata Ku Amran Ku
Mat, 49, mangsa banjir yang masih tinggal di khemah Bandar Utama, di
sini.
Ku Amran antara 14 keluarga yang masih tinggal di khemah yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas rumah mereka musnah dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir besar akhir tahun lalu.
Selepas kejadian banjir itu, 200 keluarga diberi tempat tinggal sementara di khemah Bandar Utama itu, sebelum sebahagian besar mereka diarahkan berpindah ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Etnobotani.
Ku Amran berkata, dia mengakui tinggal di kem PLKN itu lebih selesa, namun aktiviti harian mereka agak terbatas berbanding tinggal di dalam khemah.
Menurutnya, mereka boleh melakukan aktiviti harian termasuk memasak dengan lebih selesa apabila tinggal di dalam khemah, selain bebas untuk keluar masuk.
“Walaupun kami dianggap pelarian bagi mereka yang tidak biasa tinggal di khemah tetapi kami terpaksa menerima apa saja, kerana itu pandangan mereka dan kita yang buat pilihan sendiri.
“Selama 10 bulan tinggal di khemah.. tak ada masalah yang kami bangkitkan, tapi tetap berharap kerajaan dapat siapkan rumah kekal untuk kami nanti,” katanya ketika menerima kunjungan Bendahari Ketua Pemuda Umno bahagian, Mohd Azmawi Fiktri
Abdul Ghani untuk mendengar permasalahan yang mereka hadapi, kelmarin.
Azhar Ariffin, 38, pula berkata, penghuni yang kekal tinggal di khemah itu berjanji untuk pindah apabila kerajaan menyiapkan rumah kekal untuk mereka, sebagaimana yang dijanjikan selama ini.
Katanya, walaupun setiap khemah itu tidak mampu menampung ahli keluarga yang ramai, namun mereka boleh membuat penambahan sendiri supaya dapat tinggal dengan selesa.
“Kami bukan degil dan ingkar arahan pindah ke PLKN, tetapi kami tidak mahu berdepan dengan masalah perpindahan dua kali apabila kem itu bakal dibuka semula kepada pelatih baru nanti,” katanya.
Sementara itu, Mohd Azmawi Fikri berkata, kerajaan dalam proses untuk membina rumah kekal kepada mangsa banjir terbabit di Kampung Pulai dekat bandar ini dan sekarang dalam proses siap tapak.
“Kerajaan ambil masa untuk bina rumah banjir itu kerana menghadapi masalah tanah dan kerajaan pusat terpaksa beli tanah penduduk untuk tujuan itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment