20/10/15
Parti Sosialis Malaysia (PSM) bingung mengapa ahlinya, aktivis Khalid Mohd Ismath, telah dinafikan ikat jamin.
Khalid
menghadapi 14 tuduhan - 11 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan
tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan - berhubung tulisan di Internet yang
didakwa menghina kerabat diraja Johor
"(Juga),
peserta protes semasa krisis perlembagaan Perak yang secara fizikalnya
menghentikan kereta sultan, tetapi mereka juga dibenarkan ikat jamin,"
kata Arutchelvan (foto) kepada Malaysiakini malam tadi.
Tulisan Khalid itu dibuat pada halaman 'Solidariti Untuk Peguam Kamal Hisham Jaafar' di Facebook.
Peguam
Khalid, Dinesh Muthal berkata aktivis itu tidak dibenarkan diikat jamin
atas alasan beliau dapat melarikan diri dari negara ini.
Arutchelvan menegaskan bahawa Khalid dalam tulisannya, tidak pernah, pada bila-bila masa, menyebut sultan.
Khalid berulang kali menyebut 'berhala' dalam tulisannya, tetapi tidak jelas siapa yang dimaksudkannya.
Ekoran
tulisan di Facebook itu, Khalid didakwa di bawah Akta Komunikasi dan
Multimedia di mana beliau boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000
atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya jika sabit
kesalahan.
Sebelum Khalid, blogger Ali Abd Jalil, 29, juga dituduh
mengkritik kerabat diraja Johor, dan dia kemudiannya melarikan diri ke
Sweden. Baca berita penuh
malaysiakini
No comments:
Post a Comment