Islam mementingkan konsep perkongsian maka wajib bagi umat Islam berkongsi makanan yang ditunjukkan kepada orang lain.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Sikap segelintir pengguna laman sosial yang gemar
memuat naik gambar-gambar makanan dengan tujuan tertentu merupakan
perbuatan tidak beradab menurut ajaran Islam.
Perkara itu dijelaskan oleh seorang pendakwah bebas, Ustaz Fawwaz
Mohd Jan dalam satu ceramah dan rakaman video ceramah itu dikongsi di
Facebook.
Katanya, Islam mementingkan konsep perkongsian bersama dan jika kita
menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka wajib untuk kita berkongsi untuk
sama-sama merasai nikmat makanan.
“Dalam Islam, nabi kata, sekiranya makanan yang kita makan itu
dilihat atau dihidu oleh orang lain maka kita wajib beri kepada orang
itu makan makanan yang kita tunjuk untuk mereka merasainya bersama.
“Apa yang kita tunjukkan itu boleh menyebabkan orang teringin. Zaman
sekarang ini, ramai orang yang buat begini tanpa menyedari kesan
terhadap orang lain yang melihatnya,” katanya.
Katanya, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mengundang kurang
senang dalam kalangan rakan-rakan di alam maya apatah lagi ia boleh
menimbulkan keinginan terutamanya bagi wanita yang mengandung.
Sehubungan itu, Fawwaz menasihatkan orang ramai agar menghentikan
tabiat gemar memuat naik gambar makanan di media sosial terutama
menerusi aplikasi WhatsApps dan Facebook.
“Mulai hari ini, tolonglah hentikan tabiat suka memasukkan gambar makanan yang kita makan di dalam laman sosial ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment