Dia terima keputusan Lembaga Disiplin tetapi siasatan menyeluruh dan telus perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan diambil.
KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Angkatan
Muda Keadilan (AMK) Selangor mendedahkan pihak yang didakwa menajanya
untuk mengkritik kepimpinan parti.
Katanya, Timbalan AMK Selangor, Zainol Abidin perlu membuktikan
dakwaan itu kerana seluruh negara telah tahu dakwaan yang dibuatnya itu.
“Saya cabar Zainol untuk dedah pemimpin yang bayar saya itu.
“Sekarang ini peluru ditentukan mereka…Siapa yang bayar saya, itu
saya nak Zainol jawab,” katanya sambil menegaskan tiada mana-mana pihak
menajanya untuk menyerang pemimpin PKR.
Pada masa sama, Chegubard berkata, dia tidak gentar dikenakan
tindakan disiplin tetapi perlu diadakan siasatan menyeluruh dan telus.
“Saya sedia disiasat dan saya percaya, Brigedier Jeneral (B) Datuk
Abdul Hadi Abdul Khatab Hadi sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin cukup
waras dan matang untuk membuat keputusan demi kepentingan parti,”
katanya.
Terdahulu, Zainol membuat aduan kepada Lembaga Disiplin terhadap
Chegubard dan menggesa bekas Ketua Cabang Rembau itu dipecat daripada
PKR.
Zainol berkata, kenyataan Chegubard kononnya Timbalan Presiden,
Mohamed Azmin merancang rampasan kuasa Presiden, Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail sebagai perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment