Menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), akan menjadi
"talian hayat terakhir" buat Umno, kata Presiden NGO pendesak Melayu
PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Beliau juga percaya banyak NGO dan
pemikir ekonomi dalam negara ini yang membantah perjanjian tersebut,
yang berunding secara rahsia.
"Saya nak tarik perhatian kerajaan berkaitan TPPA. Saya tinjau sebanyak 95 peratus NGO tidak setuju kerajaan menandatanganinya.
"Saya
dengar kerajaan nak tandatangani dulu. Ini songsang. Hujan naik ke
langit. Sepatutnya bentang bawa Parlimen. Tak boleh tandatangan dulu,"
katanya.
Ibrahim juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
memfokuskan mengenai isu yang memberi kesan kepada rakyat dan skandal
mengulit kerajaan dan kepimpinan termasuk 1MDB dan skandal dana RM 2.6
bilion.
"Kalau negarawan dan tokoh ekonomi kita tak setuju dengan
TPPA. Masuk sekali dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan, kadar
duit jatuh, masalah Felda, pekerja MAS kena pecat, (skandal) 1MDB,
sumbangan RM2.6 bilion
"Kalau tandatangani juga, perdana menteri
tandatangani juga maka ini (menjadi) talian hayat terakhir untuk Umno,"
kata bekas MP Pasir Mas di Rawang hari ini.
TPPA adalah perjanjian
perdagangan bebas multinasional di mana AS adalah penyokong utama.
Selain Malaysia, negara-negara lain yang terlibat dalam rundingan
termasuk Australia, New Zealand, Vietnam, Mexico dan Kanada.
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata draf perjanjian akan didedahkan kepada umum sebulan dari
sekarang jika rundingan di Atlanta berakhir dengan memihak kepada
Malaysia.
Pusingan akhir rundingan TPPA sedang berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat minggu ini.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment