21/10/15

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengecam imej satu
tweet rasis, kononnya daripadanya, yang telah tersebar di WhatsApp
semalam.
"Imej satu tweet rasis palsu yang kononnya dibuat oleh
saya yang beredar secara meluas melalui Whatsapp adalah kerja amatur
samseng," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Imej itu, katanya, diedarkan terutamanya di kalangan masyarakat India.
Imej
tweet dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: "The Indians really behave
like thugs and act like pariah! I will not be threathen by them!"

Pua
berkata, dia tidak pernah menggunakan perkataan 'pariah' untuk
menggambarkan sesiapa pun dan beliau tidak percaya orang India
berkelakuan seperti samseng.
Beliau juga menegaskan bahawa beliau
tidak akan tersalah mengeja perkataan "threaten" dan ia adalah satu
kesilapan tatabahasa yang ketara, kerana is seharusnya dieja
"threatened".
Satu lagi petanda yang jelas bahawa imej itu palsu ialah 'time stamps' telah dibuang dari tweet itu, katanya.
Samseng sebenarnya, kata Pua, adalah mereka - tanpa mengira kaum - yang memalsukan tweet itu dan kemudian mengedarnya.
Imej tweet itu, tambahnya, jelas dibuat untuk "membakar sentimen perkauman" terhadapnya.
"Saya tidak tahu siapa yang mereka dan menyebarkan imej di atas untuk memfitnah saya.
"Bagaimanapun,
ia tidak akan dalam apa jua cara pun menghalang saya daripada
menjalankan tugas saya untuk berkhidmat kepada pengundi saya dan semua
rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan, tanpa
rasa takut atau pilih kasih," katanya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment