Kerja sama antara UMNO dan Pas atas nama Islam dan perpaduan Melayu
PETALING JAYA: Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yakin kerjasama
politik dengan Pas akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, UMNO negeri itu
bersedia untuk menjalin kerjasama berdasarkan pendirian UMNO yang
enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil kerana berbeza
pandangan.
“Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.
“Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti,” katanya yang dipetik daripada Bernama

No comments:
Post a Comment