Hanya dengan cara itu dapat menyingkirkan Najib daripada jawatan yang disandang.
KUALA LUMPUR: Pengundi Pekan diminta supaya menghentikan sokongan
kepada Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi memastikan
beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Saranan itu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menyingkirkan Najib daripada jawatan yang disandangnya.
“Kalau dia (Najib) tak mahu undur, jangan undi di Pekan. Tetapi dalam pada masa sama jangan bagi UMNO kalah.
“Kalau orang Melayu bijak, dia akan pastikan Pekan kalah. Boleh atau
tidak kita berpakat, tentukan orang Pekan. Orang ini (Najib) pencuri,
bagi dia kalah tapi bagi UMNO menang,” katanya.
Menggulas mengenai keengganan Najib, beliau berkata ia didorong
ketakutan dan bimbang akan disoal siasat berhubung wang derma RM 2.6
billion dan juga masalah 1MDB.
“Dia tak berani undur, sebab dia takut undur. Kalau siasatan dibuat
terhadap beliau, Najib akan dipenjara,” katanya dalam sesi soal.jawab di
Majlis Hi-Tea Bicara Politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel
De Palma Ampang pada Sabtu.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment