Tidak timbul isu untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail mengadakan perbincangan bagi mendapatkan sokongan PAS
berhubung undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak.
Ini kerana, menurut Naib Presiden PKR, Shamsul
Iskandar Md Akin, semua pihak sedia maklum perkara itu sama ada
perbincangan mengenainya dibuat secara formal atau tidak.
“Perkara
itu tidak ada isu. Secara umumnya MP sudah pun mengetahui berdasarkan
laporan media, hebahan di media sosial dan sebagainya terdapat cadangan
untuk membuat usul undi tak percaya dan sudah tentulah perkara ini
dibincangkan sama ada formal atau tidak formal,’ kata anggota Parlimen
Bukit Katil itu kepada Malaysiakini.
Shamsul berkata
berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan PAS untuk mengadakan
perbincangan lanjut mengenai usul undi tidak percaya kepada perdana
menteri.
PAS melalui setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan
semalam dilaporkan berkata parti Islam itu hanya akan menyokong undi
tidak percaya terhadap perdana menteri jika ketua pembangkang mengadakan
perbincangan mengenai usul tersebut.
Bagaimanapun, menurut
Takiyuddin yang juga ketua whip PAS, parti itu terbuka untuk berbincang
mengenainya tetapi biarlah ia dilakukan secara teperinci.
Mengulas
lanjut, Shamsul berkata sudah pasti anggota Parlimen daripada blok
pembangkang akan dipanggil untuk membincangkan perkara tersebut secara
terperinci kelak.
“Kalau satu proses itu mahu dilakukan melalui
Parlimen, sudah pasti pembangkang akan memanggil semua anggota Parlimen
daripada blok pembangkang untuk membincangkan perkara ini.
“Paling
tidak pun mungkin wakil-wakil parti daripada PAS, Amanah dan DAP akan
membincangkan perkara ini secara teliti,” kata Shamsul.
Shamsul
juga yakin Wan Azizah yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh ada
formula tersendiri bagi tujuan tersebut kerana pakatan pembangkang sudah
mempunyai calon yang layak bagi menggantikan Najib.
“Secara
terperincinya sudah pasti parti akan membincangkan semua perkara, semua
senario, pasca usaha itu berjaya atau tidak akan dibincangkan secara
teliti.
“Saya yakin ketua pembangkang ada formula untuk tujuan
itu. Setiap kali ketua pembangkang memanggil mesyuarat, sudah tentulah
ada agenda yang menjurus kepada isu-isu berbangkit mengenai undi tidak
percaya atau pun selepas undi tidak percaya.
“Selepas kita buat usul itu (undi tak percaya) barulah kita kemukakan siapa, kita ada ramai pilihan,” tambah Shamsul.
PKR
dilaporkan sebagai berkata Wan Azizah, yang juga presiden parti itu,
akan membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri dalam
sesi Parlimen yang akan datang Parlimen yang bermula pada 19 Oktober
DAP telah mengumumkan bahawa ia akan menyokong usul itu.
Dengan
hanya 88 daripada 222 MP di Dewan Rakyat, pembangkang tidak mempunyai
majoriti untuk mendesak sebarang undi tidak percaya terhadap Najib.
Pakatan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang tidak termasuk PAS, mempunyai 72 Ahli Parlimen.
Sebelum itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu hanya akan mengalahkan Najib melalui kaedah yang "sihat".
Malaysiakini 09/10/15
No comments:
Post a Comment