Wednesday, November 25, 2015

85,000 jentera Pas Selangor sedia pertahan PKR, Azmin

 | November 25, 2015

Pas bertahaluf dengan PKR maka jentera Pas dan jentera PKR akan bekerjasama pada PRU14.

Mohd Khairuddin Othman

PETALING JAYA: Pas Selangor sedia mengerahkan 85,000 jentera pilihanrayanya bagi membantu PKR mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).


Bantuan itu termasuk memastikan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempertahankan kerusi Parlimen Gombak.

Perkara itu ditegaskan, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman susulan kenyataan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim bahawa Timbalan Pengerusi Amanah Selangor, Shaari Shuib akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak milik PKR.


“Pas bertahaluf dengan PKR maka jentera Pas dan jentera PKR akan bekerjasama dalam pilihanraya nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, ADUN Paya Jaras itu berkata, tindakan mempertahankan kerjasama dengan PKR selaras dengan kenyataan Azmin sebelum ini bahawa kerajaan Selangor merupakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hasil gabungan Pas, PKR dan DAP, bukannya Pakatan Harapan.


“Menteri Besar Selangor telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat dengan itu Pakatan Harapan tidak wujud di Selangor,” katanya.

Katanya, dengan pengistiharan Amanah untuk merampas kerusi milik PKR di Gombak menyaksikan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru selain PKR dan Barisan Nasional (BN).
 FMT

No comments:

Post a Comment