Hasan yang juga merupakan Ahli Parlimen Rompin
sebelum ini diasak oleh pemberita mengenai keperluan memanggil Najib
untuk disiasat.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),
Datuk Hasan Arifin digesa meletakkan jawatan ekoran keenganannya
memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantu
siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata demikian
selepas Hasan menyatakan PAC tidak perlu memanggil Najib untuk siasatan
berhubung syarikat pelaburan tempatan yang penuh kontroversi itu.
“Jangalah. Saya juga perlu cari makan,” kata Hasan yang juga Ahli
Parlimen Rompin dalam sidang media PAC selepas diasak pemberita mengenai
keperluan memanggil Najib untuk disiasat.
Gobind menggambarkan kenyataan Hasan itu memalukan selain menggambarkan Pengerusi PAC tidak bebas.
“Jika ini benar, Pengerusi PAC harus meletakkan jawatan dan ini menunjukkan badan itu tidak bebas,” katanya.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment