Malaysiakini 13/12/15

Perhimpunan agung tahunan (AGM) Umno yang berakhir semalam berjaya
menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak menyelesaikan masalah
parti itu dan negara, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.
“Najib dan konco-konconya tidak peduli Umno pecah, pentadbiran negara kucar-kacir dan ekonomi negara terus menjunam.
“Yang mereka peduli adalah kelangsungan kuasa,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.
Malah,
kata Kadir, persidangan itu juga tidak berjaya menaikkan keyakinan
pelaburan kepada Umno sehingga menyebabkan pasaran saham yang jatuh
bertambah jatuh.
Dari 8 Disember hingga 11 Disember ia jatuh 2 peratus, tulis Kadir dalam blognya semalam.
Pertimbangan pasca-AGM
Sementara
itu, Kadir juga berkata Umno harus mempertimbangkan beberapa perkara
selepas mesyuarat agung tahunannya yang berakhir semalam.
Katanya,
ia termasuk undi tidak percaya terhadap Najib atau pungutan suara
secara akuan berkanun (SD) di kalangan anggota parlimen harus
diteruskan.
“Jadi, siapakah yang boleh kita harapan untuk menyelamatkan negara?” soalnya.
“Kita terpaksa berbalik kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang mempelopori usul tidak percaya/akuan berkanun.
Beliau
bagaimanapun berkata, jika Najib terus berkuasa keadaan itu lebih
menguntungkan pembangkang kerana BN lebih mudah dikalahkan dalam pilihan
raya umum akan datang.
“Atau mereka menyokong usul tidak
percaya/akuan berkanun dengan mana mereka berpeluang berkongsi kuasa
dalam kerajaan perpaduan nasional.
“Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno,” katanya.
Jika
itu berlaku, katanya lagi, tiada pemimpin Umno yang akan beruntung,
tidak kira sama ada timbalan perdana menteri Datuk Zahid Hamidi atau
pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Umno sekarang tersepit
dalam keadaan masa tidak memihak kepada mereka selain pilihan yang
terhad untuk diputuskan, kata Kadir lagi.
No comments:
Post a Comment