Pemimpin nombor dua parti Melayu itu mahu Najib membuktikan kebesaran jiwanya secara tindakan
KUALA LUMPUR: Isu antara Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO nampaknya masih belum selesai.
Diserbu pemberita seusai ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Tun
Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu antara mereka belum selesai
selagi Presiden UMNO tidak mengambil langkah membetulkan skandal
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kontroversi derma RM2.6 bilion.
“Baguslah Presiden berbesar hati,” ujar Muhyiddin. “Selepas ini saya
hendak lihat apakah langkah-langkah yang akan dia (Najib) buat untuk
masalah-masalah yang saya bangkitkan.
“Ini bukan masalah saya, tapi masalah rakyat. Supaya rakyat yakin, percaya apa yang beliau sebut akan beliau kotakan.”
Ketika diminta mengulas kesudian Najib untuk berdamai, Muhyiddin mahu
mengingatkan orang-ramai bahawa perselisihan antara mereka bukan
mengenai pertembungan antara dua pemegang jawatan penting dalam parti.
“Ini bukan soal peperangan, ini bukan pergaduhan. Ini soal prinsip
perjuangan. Kalau ada perkara, kita sama-sama betulkan. Kalau ada
kelemahan kita sama-sama tegur,” jelasnya.
FMT

No comments:
Post a Comment