12/12/15
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui “kemarahan membara” Tan Sri
Muhyiddin Yassin selepas disekat sepenuhnya daripada berucap dalam
perhimpunan agung Umno.
Bagaimanapun, kata naib presiden Umno itu, perasaan itu telah pun reda.
“Keputusan
semalam mungkin akan mencuit perasaan dan emosi pemimpin berkenaan
tetapi hari ini saya tengok kemarahan yang membara malam semalam dah
diredakan,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian dalam rakaman
video yang dimuat naik ke saluran YouTube peribadinya semalam yang
berjudul “Respons berkenaan berita Suara TV - Tidak boleh berucap,
Muhyiddin mengamuk selepas Msyt MT”
Suara TV melaporkan
Muhyiddin marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang
memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan
penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2015.
Memetik sumber, SuaraTV
melaporkan, sejurus selepas mesyuarat khas pada Selasa Muhyiddin
dikatakan menarik Hishamuddin ke tepi sebelum menjerit sambil
mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hati.
“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul,” Muhyididn dilaporkan menjerit kepada Hishamuddin sebelum beredar.
Menurut
sumber yang enggan mendedahkan identitinya, jeritan Muhyiddin itu
dikatanya didengari beberapa MT lain yang berada tidak jauh dari tempat
kejadian.
Video
Video
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment